Tuesday, 1 November 2011

Blog Berita Semasa

Selamat datang ke blog berita semasa saya.
Saya akan memaparkan anda berita-berita terhangat yang sedang berlaku.

16 comments:

  1. Nantikan berita-berita terhangat diseluruh dunia daripada blog saya ini.

    ReplyDelete
  2. Israel pula hukum Palestin isu UNESCO


    BAITULMAQDIS: Israel mengumumkan akan membina 2,000 rumah lagi untuk pendatang Yahudi dengan membekukan pemindahan dana cukai Palestin sebagai menghukum mereka atas undian di UNESCO meluluskan kemasukan sebagai ahli badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu. [+]

    ReplyDelete
  3. Amaran renjatan elektrik di Bangkok
    BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand semalam memberi amaran kepada mangsa-mangsa banjir berhubung peningkatan bahaya renjatan elektrik di kawasan berpenduduk padat di ibu kota negara berkenaan di sini dan beberapa kawasan sekitarnya.

    ReplyDelete
  4. 50 maut kena renjatan elektrik


    2011/11/03


    PENDUDUK terpaksa berdiri di tempat duduk ketika menunggu bas di daerah Phisi Charoen, Bangkok, semalam.Penduduk Bangkok redah banjir hadapi risiko baru

    BANGKOK: Banjir dilaporkan semakin buruk di ibu negara Thailand berikutan lebih banyak kawasan tenggelam manakala jalan raya tidak dapat dilalui. Lebih 50 penduduk dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik sewaktu memindahkan barangan mereka ketika meredah banjir. Ketua Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Pornthep Siriwanarangsan melahirkan kebimbangannya berikutan semakin ramai penduduk yang terbunuh terkena renjatan elektrik.

    Beliau berkata, walaupun angka rasmi kematian akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir masih lagi 17, lawatan beliau ke penempatan dan pertemuan dengan penduduk terjejas mendapati jumlahnya 50 kes.

    Sementara itu, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengarahkan penduduk berpindah dari kawasan Bang Phai, berikutan banjir semakin buruk. Bang Phai berada di daerah Bang Khae di Bangkok.

    BMA menyenaraikan kawasan daerah Bang Chan di daerah Klong Sam Wa di Bangkok sebagai kawasan dalam pemerhatian.
    Gabenor Bangkok, MR Sukhumbhand Paribatra turut bimbang mengenai zon barat di ibu negara itu.

    “Sistem saliran air di sana tidak baik seperti di zon timur,” katanya.
    Kawasan yang dilanda banjir, Bang Khae dan Thawee Watthana adalah antara daerah di zon barat.

    “Paras banjir kini melebihi satu meter,” kata Samart Khemthong, seorang daripada mangsa di sana. Kampungnya, Sakunthip berada berhampiran dengan terusan Thawee Watthana.

    Katanya 30 daripada 350 keluarga berkhemah di luar perkampungan mereka bagi menghalang harta benda mereka dicuri.

    “Kami sangat memerlukan sebuah bot sekarang ini,” kata Samart.

    Sanya Sheenimit, yang mengetuai Jabatan Saliran dan Pengairan BMA berkata bahawa pegawai BMA menggunakan bot di kawasan barat yang dilanda banjir.

    “Kami sudah memasang lebih banyak pam dan meletakkan penghadang air,” katanya.

    Sukhumbhand berkata, banjir menjadi ancaman di zon timur Bangkok selepas kerajaan mengarahkan pintu air di terusan Klong Sam Wa dialihkan.

    “Lebih banyak tempat di zon timur termasuk kawasan perindustrian Bang Chan berisiko dilanda banjir,” katanya. – Agensi

    http://bit.ly/s9XI26

    ReplyDelete
  5. AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAK...ANG KENDERAAN ANDA

    -- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

    Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

    Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

    Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


    BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

    Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

    Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

    Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat
    http://bit.ly/s9XI26

    ReplyDelete
  6. PPSMI sekolah rendah mansuh 2017, sekolah menengah 2021
    November 04, 2011PUTRAJAYA, 4 Nov — Pelajar yang sudah mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan meneruskan persekolahan mereka sehingga tahap Tingkatan Lima.

    Oleh itu, PPSMI di sekolah rendah hanya akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya pada 2017 manakala di sekolah menengah bagi kedua-dua mata pelajaran itu pada 2021.

    Selain itu, Kabinet juga memutuskan pemansuhan PPSMI kekal dan kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula dasar seperti dituntut sesetengah pihak.

    ReplyDelete
  7. PPSMI: Keputusan muktamad, kata Muhyiddin
    Oleh Shazwan Mustafa KamalNovember 03, 2011KUALA LUMPUR, 3 Nov — Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) muktamad, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

    Mengulas desakan beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Muhyiddin berkata, tidak akan diadakan sebarang perbincangan lagi memandangkan kerajaan sudah pun memutuskan bagi memansuhkan dasar itu pada 2009.

    “Ia sudah pun diputuskan oleh Kabinet pada 2009 selepas dibincangkan di banyak peringakt, telah diluluskan di Parlimen, malah disokong oleh pembangkang. Tiada reaksi negatif ketika itu. Saya tidak tahu mengapa ia dibawa kembali,” kata beliau lagi.

    “Kemungkinan mereka (pihak yang mendesak) sudah ketinggalan zaman,” kata beliau sambil menegaskan kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan satu kumpulan kecil.

    Sambil berkata perkara itu sudah ditutup, Muhyiddin (gambar) yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, “orang ramai boleh mendesak dan menuntut apa yang mereka mahukan, kita sebuah negara demokrasi, tetapi keputusan kerajaan adalah muktamad.”

    Sabtu lalu, Muhyiddin berkata, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak.

    Katanya, sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.

    PAGE sebelum ini mendesak kerajaan agar mengekalkan PPSMI dengan mendakwa bahawa ramai kalangan ibu bapa mahu supaya PPSMI terus dikekalkan atau memberi pilihan kepada ibu bapa yang masih mahu mengekalkan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bagi anak-anak mereka.

    PAGE juga menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya kelmarin.

    Muhyiddin juga percaya dasar MBMMBI yang dilaksanakan mulai tahun ini bagi murid Tahun 1 melalui pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu itu akan membuahkan hasil dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

    ReplyDelete
  8. Kedai roti dibuka 1992, kini peroleh RM43 juta setahun
    BUDAPEST, Hungary - Sebuah kedai roti, Lipoti Bakery yang bermula sebagai satu perniagaan kecil usaha sama keluarga pada 1992 di Lipot, barat Hungary kini memiliki lebih 100 buah cawangan di negara ini dan Slovakia di Eropah.

    Ia menggaji lebih 750 pekerja dan memperoleh perolehan kira-kira 10 juta euro (RM43 juta) setahun.

    Pada tahun ini, kedai tersebut disenaraipendek sebagai antara sepuluh usaha niaga yang terbaik di Eropah oleh Anugerah Perniagaan Eropah. - Reuters

    -Boleh tahan, i like it-

    ReplyDelete
  9. NEW DELHI - Seorang pemuda Tibet membakar dirinya di luar Kedutaan China di sini sebelum perbuatan tersebut dihalang oleh polis India, kata beberapa saksi.

    Pemuda berkenaan yang turun dari sebuah kenderaan awam bertindak mencurahkan minyak tanah ke seluruh tubuhnya dan menyalakan api pada tubuhnya yang berpakaian sebelum beberapa anggota polis bergegas memadamkan api yang sedang marak.

    Seorang wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian berkata, seluar panjang dan seluruh pinggang pemuda berkenaan dijilat api sebelum api dapat dipadamkan.

    Dia yang cedera ringan akibat melecur pada kedua-dua kakinya kemudian dibawa keluar dari tempat kejadian dengan menaiki kenderaan polis.

    Tindakan nekad tersebut dilakukan kerana memprotes campur tangan pemerintahan China di wilayah Tibet. - AFP

    - pa nak jadi sekang ni, dunia semakin tenat-

    ReplyDelete
  10. Malaysia berdepan bah besar


    2011/11/05
    KUALA LUMPUR: Negara boleh berdepan masalah jika mengalami hujan lebat luar biasa secara berterusan kerana sistem sedia ada tidak mampu menampung gelombang banjir besar yang dijangka berlaku tidak lama lagi.

    Ini berikutan banyak sistem tebatan banjir yang sedang dilaksanakan di lokasi mudah banjir di seluruh negara, masih belum siap sepenuhnya. Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir Ahmad Husaini Sulaiman, berkata antara negeri yang kemungkinan banjir besar termasuk Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang serta timur Sabah dan Sarawak. “Bagi berdepan kemungkinan itu, JPS giat mengadakan pelbagai usaha termasuk mengorek sungai, memperbaiki benteng pecah dan memasang lebih banyak pam sebagai persediaan awal menghadapi banjir.

    “Berdasarkan keadaan yang melanda Thailand, banjir yang sama juga boleh berlaku di Malaysia. Dengan sistem yang ada, kita boleh hadapi banjir, tetapi jika hujan berterusan (seperti di Thailand), kita akan berdepan masalah.

    “Ia (gelombang banjir besar seperti tahun lalu) mungkin akan berlaku dan langkah segera sedang dibuat. Sistem amaran penting untuk kita mengambil langkah awal,” katanya.


    - Harus kita lebih bersedia untuk perkara yang lebih buruk-

    ReplyDelete
  11. Gadis putus cinta mati terjun flet


    KUALA LUMPUR: Gara-gara hubungan cintanya tidak direstui keluarga, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat nekad terjun dari tingkat sembilan sebelum ditemui mati di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Kepong, di sini, pagi semalam. [+]

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gadisputuscintamatiterjunflet/Article

    Dunia semakin runsing

    ReplyDelete
  12. Jalan raya di Seoul keluarkan radioaktif
    SEOUL - Dua bahagian di sebatang jalan raya di Seoul, Korea Selatan didapati mengandungi radioaktif, kata beberapa pegawai semalam.


    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

    ReplyDelete
  13. IPOH: Empat pelajar maut, lima cedera parah manakala 20 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km382, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River awal pagi ini.

    -sila baca di mymetro untuk berita penuh-

    ReplyDelete
  14. NFC tak kena-mengena dengan Wanita Umno, kata pemimpin
    http://themalaysianinsider.com/bahasa
    Setuju atau tidak . apa pendapat anda?

    ReplyDelete
  15. Dunia politik di Malaysia bakal bergolak seperti negara-negara Muslim..Setuju?

    ReplyDelete
  16. Ayuh kita jana pendapatan setiap hari

    ReplyDelete